Wednesday, January 20, 2010

UTAMAKAN AKHLAK DAN AGAMA

Kisah Nabi Shuaib mengahwinkan anaknya kepada Nabi Musa. Apabila di tanya Nabi Musa AS mengenai mas kahwinnya, Nabi Shuaib menjawab mas kahwinnya ialah lapan tahun Nabi Musa mesti bekerja dengannya. Kisah ini menunjukkan bagaimana agama diutamakan daripada harta benda. Nabi Musa bukannya seorang yang kaya, dia berjalan selama lapan hari dari Mesir sebelum sampai ke tempat Nabi Shuaib, DI kisahkan bahawa kasut Nabi Musa hancur akibat perjalanan yang begitu jauh.

Nabi Muhamad SAW dalam satu hadis pernah bersabda," Apabila seseorang datang kepada kamU mahu memikat anak kamu, kamu tengok agamanya, kamu suka, kamu tengok akhlaknya, kamu suka, maka kahwinkan lah saja anak kamu. Jika kamu tidak menerimanya, ia akan menjadi satu fitnah dan kerosakan di muka bumi ini."

Dalam zaman serba moden ini bapa mertua akan melihat dulu samada bakal menantunya membawa kereta Mercedez atau menunggang motorsikal buruk. Kalau Mercedez tentulah ia akan membahagiakan anaknya, kalau dengan motorsikal buruk, bagaimana ia mampu menyara hidup anak perempuannya.Jarang bakal bapa mertua bertanyakan samada menantunya selalu sembahyang atau tidak. Kalau tidak bagaimanapun ia mampu menyuruh isteri dan kemudian anak-anaknya sembahyang.

Saidina Omar sendiri pernah mahu mengahwinkan anak perempuannya Hafsah pada mulanya dengan Umar tetapi tak jadi, kemudian dengan Abu Bakar juga tak jadi, dan akhirnya dengan Rasullallah SAW.

Dalam sebuah kisah lain ada seorang lelaki yang merayau-rayau dalam sebuah kebun dan kemudian berjumpa dengan sebiji epal. DIa lalu memakannya. Setelah memakannya dia baru tersedar bahawa buah epal itu kepunyaan orang lain. Dia kemudian berjalan mencari tuanpunya dusun.Setelah berjumpa dengan tuan punya dusun, lelaki berkenaan meminta maaf. Tetapi tuan punya dusun tidak mahu memaafkannya. Sebagai gantinya lelaki berkenaan mestikah bekerja di dusunnya untuk tempoh tertentu. Setelah menjalani tempoh berkenaan, lelaki itu minta di bebaskan. Tuan punya dusun masih tidak mahu membebaskannya malah mahu dia mengahwini anaknya yang buta, pekak dan bisu. Lelaki berkenaan bersetuju. Setelah berkahwin lelaki itu baru tahu bahawa isterinya itu tidak buta, pekak atau bisu. Apabila yang dimaksudkannya ialah buta tidak pernah melihat benda-benda yang tidak elok dari pandangan Islam, pekak kerana tidak pernah mendengar benda-benda yang menyalahi agama dan bisu kerana tidak bercakap benda-benda yang biadap.

SUMBER : KULIAH MAGHRIB MASJID AL MUKMINUN USJ 2, 20 JAN 2010

No comments:

Post a Comment