Tuesday, January 19, 2010

SUJUD TILAWAH

Rasullullah s.a.w. bersabda “Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud, nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:”Ah…Celakalah aku, anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka dia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka”(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)

Iblis (Azazil) enggan sujud ke tanah kerana ia dijadikan daripada api, sedangkan manusia dijadikan daripada tanah. Iblis pernah meminta ampun atas kesalahannya enggan sujud dan Allah sanggup mengampunkannya dengan syarat ia sujud pada kubur Nabi Adam a.s. Namun Iblis dengan sombong menjawab “Masa dia hidup pun aku tidak sujud padanya, inikan pula setelah dia mati”.


Dari Amru Bin Al-As r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan kepadanya 15 ayat Sajadah yang tersebut di dalam al-quran (Hadis Hasan riwayat Abu Daud) Namun jumlah sujud tilawah yang dilakukan hanya 14 sahaja kerana dalam surah Al-Hajj terdapat 2 ayat Sajadah; mazhab Syafie memilih untuk sujud pada ayat terakhir (ayat 77 surah Al-Hajj) manakala mazhab Hanafi memilih untuk sujud pada ayat pertama (ayat 17 surah Al-Hajj).


Sujud tilawah adalah sunat menurut pendapat mazhab Syafie. Manakala mazhab Hanafi berpendapat bahawa sujud tilawah itu wajib sama ada ke atas pendengar atau pembaca.

Dalam mazhab Syafie kena sujud ikut bilangan ayat manakala mazhab Hanafi membolehkan sujud 1 kali untuk beberapa ayat sajadah, sekiranya masih duduk di tempat yang sama. Manakala diluar sembahyang pula, mazhab Syafie mewajibkan angkat tangan dan salam, mazhab Hanafi tiada angkat tangan cuma lafaz takbir Allahuakbar sahaja dan tiada salam.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar katanya yang maksudnya :

“Bahawasanya Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam telah membaca al-Qur’an, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya

No comments:

Post a Comment