Wednesday, January 20, 2010

KHASIAT MINUM MADU

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa meminum madu di pagi hari selama tiga hari setiap bulan, nescaya ia tidak terkena penyakit yang berat” (Riwayat Ibnu Majah melalui Abu Hurairah r.a.”)

Seperti mana firman Allah:

An-Nahl [69] Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

No comments:

Post a Comment