Tuesday, January 19, 2010

KAHWIN GUNA WALI HAKIM

SOALAN :
Kahwin di Thailand. Wali ada lagi dan tahu tempat wali tinggal.Adakah sah atau tak dari sudut hukum agama.

JAWAPAN :
Mana-mana wanita islam yang berkahwin didalam negara atau diluar negara dengan mengunakan wali hakim melebihi 2 marhalah (96km) dari tempat walinya bermastautin adalah sah dengan syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang lain yang ditetapkan oleh syarak. Walaubagaimanapun tuan diminta supaya merujuk kepada Jabatan Agama Islam yang berdekatan untuk mendapat maklumat yang tepat tentang prosedur perkahwinan di luar negara.

No comments:

Post a Comment