Tuesday, January 19, 2010

MINUMAN AHLI NERAKA

Al-Lail [14] Maka (serentak dengan memberi hidayat petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api Neraka yang marak menjulang

Muhammad [15]…..orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?….

Waqiah [53] Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, [54] Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas

Al-Kahfi [29] Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang.

Selain itu, minuman ahli neraka ialah air danur (darah bercampur nanah) Haqqa [36] Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur.[37] Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah.

Ibrahim [16] Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka). Ibrahim[17] Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat.

Dalam hadith disebut peminum arak (yang tidak bertaubat sebelum meninggal dunia) akan diseksa dengan diberi minum air dari kemaluan penzina perempuan yang juga tidak bertaubat sebelum meninggal dunia.

“Siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, nescaya Allah ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah. Iaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur (wanita-wanita penzina).”(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Selain itu terdapat air mata darah para ahli neraka. Kerana terlalu beratnya seksaan yang mereka alami, mereka pun menangis sepuas-puasnya. Habis air mata, maka bercucuranlah darah. Walaupun demikian, mereka tetap tidak mendapatkan keringanan. Bersabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud:

“Wahai umat manusia, menangislah kamu. Jika kamu tidak menangis maka kamu nanti akan saling menangis. Bahawa orang-orang dalam neraka itu menangis, sehingga mengalir air mata membasahi pipinya. Setelah habis air mata maka keluarlah darah. Darah bercucuran dari matanya. Kalau ada perahu. maka perahu akan dapat belayar di atas darah itu

No comments:

Post a Comment