Wednesday, January 20, 2010

HOMOSEKS

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Siapa yang mati dalam keadaan melakukan amalan umat Nabi Lut, tuhan akan mengumpulkan mayatnya bersama golongan mereka itu.” (Riwayat Al-Khatib dari Anas)

Amalan umat Nabi Lut ialah melakukan hubungan sejenis samada sesama lelaki atau sesama perempuan iaitu “homoseks”.

Siapa yang melakukan homoseks dan tidak bertaubat sebelum dia meninggal dunia, di Padang Mahsyar nanti dia akan dibangkitkan dan dikumpulkan bersama umat Nabi Lut. Seperti mana seseorang yang meniru pakaian agama sesuatu bangsa akan dibangkitkan bersama bangsa atau kaum tersebut.

Dan diriwayatkan oleh Ibnu Umar radliyallahu ‘anhu :
“Barangsiapa yang menyerupai mereka sampai meninggal (mati) dia akan dibangkitkan bersama mereka.”

Umat Nabi Lut dibinasakan oleh Allah melalui Malaikat yang menelingkupkan mereka ke dasar bumi. Bumi itu tidak ditumbuni tanaman dan dikatakan ia terletak berhampiran airport Tel Aviv.

Al-Hijr [74] Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. [75] Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. [76] Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang)

No comments:

Post a Comment