Tuesday, January 19, 2010

LARANGAN MEMUKUL MUKA DAN MENJATUHKAN AIR MUKA

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang kamu bergaduh dengan saudaranya, hendaklah dia menjauhi dari memukul muka kerana sesungguhnya Allah mencipta Adam atas mukanya. [Hadis daripada Abu Hurairah r.a, dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim dan lain-lain,).

Bahagian tubuh Nabi Adam a.s yang pertama dicipta oleh Allah ialah mukanya. Muka ialah tempat penghormatan bagi manusia, kerana itu dilarang memukul muka. Orang Islam boleh belajar boxing (tinju) untuk mempertahankan diri tetapi tidak boleh bertanding kerana di dalam tinju markah diberi apabila peninju itu berjaya menumbuk muka lawannya.

Selain itu apabila sujud, kita meletakkan muka kita kepada kedudukan yang rendah, sebagai penghormatan kepada Allah yang Maha Besar.

Dalam Islam juga kita dilarang menjatuhkan air muka, dengan kata lain, menjatuhkan maruah diri sendiri atau orang lain. Dua jenis manusia yang menjatuhkan maruahnya sendiri ialah mereka yang meninggalkan solah dan mereka yang meminta sedekah tanpa sebarang keperluan atau meminta sedekah melebih keperluan. Dalam satu hadith, lebih kurang maksudnya ” gugur daging muka di akhirat” kerana meminta melebihi keperluan, misalnya seorang musafir yang kehabisan wang atau wangnya dicuri, maka dia meminta sedekah untuk pulang ke kampungnya. Dia hanya boleh meminta sekadar untuk tambang bas dan perbelanjaannya untuk pulang ke tempat asalnya sahaja.

No comments:

Post a Comment