Monday, January 18, 2010

SOAL JAWAB AGAMA

Soalan :
Apakah benar ada yang mengatakan jika seseorang itu melakukan perubatan di tempat yg dihiasi warna kuning (Langsir, lapik meja dll), ia adalah unsur2 syirik. Walaupun dia membaca ayat2 al-quran..

Jawapan : Tidak menjadi kesalahan ketika berubat dengan menggunakan langsir kuning, lapik meja dan lain-lain dengan syarat tidak menggunakan jampi serapah dan menurun melalui makhluk halus..

Soalan : Apa hukum orang yang meminta pertolongan dengan bomoh yang mengubat dengan cara menurun..

Jawapan : Meminta pertolongan dari bomoh adalah berdosa. Bomoh yang menggunakan kaedah menurun dan sebagainya yang bercanggah dari segi syarak adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan syarak. Sekiranya dia mempercayai bomoh tersebut boleh menyembuhkan penyakitnya, maka dia di anggap telah melakukan syirik kepada Allah..

Sumber JAKIM

No comments:

Post a Comment