Monday, January 25, 2010

PERANG BADAR

Perang Badar ialah peperangan pertama antara orang Islam dengan kafir. Pada mulanya orang Islam tidak berhajat untuk berperang. Ketua musuh islam pada masa itu ialah Abu Sufian telah membawa balik barang dagangan dari Syam melalui satu tempat di luar Madinah bernama Badar dan di situ ada telaga untuk mengambil air buat bekalan. Berita Abu Sufian membawa balik barang dagangan yang banyak telah sampai kepada orang Islam di Madinah.

Dalam satu mesyuarat orang Islam di sebuah masjid, mereka memutuskan untuk menyekat rombongan Abu Sufian dan merampas barang dagangannya di tempat yang bernama Badar. (Harta musuh halal dan boleh dijadikan harta rampasan). Mesyuarat itu turut dihadiri oleh orang Islam Munafik (pura-pura). Orang Munafik itu telah memberitahu geng-gengnya di luar masjid iaitu orang Yahudi tentang sekatan di Badar itu. Orang Yahudi pula memberitahu Abu Sufian tentang sekatan itu. Abu Sufian membuat keputusan untuk melalui jalan lain iaitu jalan bukit, namun unta yang membawa barang dagangan tetap melalui jalan asal.

Abu Sufian kemudiannya menghantar utusannya ke Mekah, membakar semangat 1,000 Quraisy yang sememangnya bermusuh dengan nabi Muhammad SAW untuk berperang. Mereka mengumpulkan kekuatan seperti kuda, pedang, baju besi. Abu Jahal dan Abu Lahab juga turut serta dalam perang ini.

Sebelum tentera Islam sampai ke Badar, mereka bertembung dengan puak Quraisy dari Mekah seramai 1,000 orang sedangkan jumlah mereka cuma 313 orang, (3+3+1=7).Angka 7 menunjukkan kekuatan seperti kuatnya langit dan bumi yang mempunyai tujuh (7) lapisan. Lalu Nabi Muhammad SAW berdoa kepada Allah.


Doa Nabi semasa Perang Badar

Dalam doanya baginda berkata: “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) Engkau tak akan disembah lagi dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu”.

Baginda berdoa sambil mengangkat tangannya keatas sehingga kain serbannya terjatuh dari bahu baginda. Melihatkan akan hal ini Sayyidina Abu Bakar menenangkan hati Nabi kerana merasa kasihan melihat Nabi memperbanyakkan bermunajat kepada Allah untuk memohon pertolongan.

Kelengkapan orang Islam

Orang Islam pada masa itu cuma mempunyai beberapa bilah pedang, kayu dan beberapa ekor kuda sahaja berbanding tentera kafir yang cukup kelengkapan. Namun mereka mempunyai kekuatan rohani yang terhasil dari sembahyang dan zikir pada waktu pagi dan petang. Setelah mengumpulkan kekuatan senjata yang termampu dan tentera Islam berjumlah 313 orang, turunlah perintah supaya mereka berperang.


Kemenangan Islam


Abu Jahal dibunuh oleh seorang pemuda sahaja setelah dikepung oleh beberapa sahabat Nabi. Tentera musuh seramai 70 orang telah ditawan. Setelah itu tentera Islam bermesyuarat tentang apa yang hendak dilakukan dengan tawanan itu. Sayyidina Abu Bakar mencadangkan supaya mengambil harta tawanan, manakala Sayyidina Umar mencadangkan agar dibunuh sahaja tawanan perang Badar itu supaya mereka ’serik’ (fasyarrid) :

Al-Anfal [57] Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf).

Sayyidina Umar mencadangkan supaya setiap orang Islam membunuh keluarganya dari kalangan yang ditawan, sedangkan Rasulullah SAW mempunyai bapa saudaranya iatu Abbas yang turut ditawan. Rasulullah SAW tidak lena tidur memikirkan terpaksa membunuh bapa saudaranya itu.


Rasulullah SAW memilih untuk mengambil harta rampasan dan membeli senjata bagi kelengkapan orang Islam. Lalu turunlah ayat menegur tindakan Baginda itu:

Al-Anfal[67] Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Menangis dan menyesallah Nabi dan para sahabat (kecuali Sayyidina Umar).Kata Nabi “kalau diturunkan azab, hanya Umar r.a. yang selamat kerana dia yang menentang keputusan ini”. Akhirnya mereka diampunkan kerana itu pertama kali kes seperti ini berlaku kepada orang Islam.

No comments:

Post a Comment