Monday, February 1, 2010

BUAT BAIK KPD BINATANG

Rasulullah pernah mengisahkan tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberinya makanan (Hadith Riwayat Bukhari).

Sebaliknya beliau juga pernah mengisahkan bahwa: Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing di atas sumur dan hampir mati kehausan. Lalu wanita itu melepaskan sepatunya dan mengikatnya dengan kerudungnya untuk mengambil air dari sumur untuk memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu, dosanya diampuni”. (Hadith Riwayat Bukhari).

Sebagai makhluk Allah, binatang pun harus diperlakukan dengan baik.

Umar bin Khatab pernah sangat murka melihat seorang yang menyeret seekor kambing dengan kasar. Kata Sayyidina Umar kepada orang itu : Celakalah engkau. Mengapa engkau berlaku kasar seperti itu. Tuntunlah dengan baik dan sembelihlah dengan benar”. Ketika melihat seorang anak kecil sedang mempermainkan seekor burung, Sayyidina Umar segera membeli dan melepaskannya

No comments:

Post a Comment